klik sini

leave your footprint here :)

Wednesday, March 2, 2011

al-fatihah

lama sudah x update blog. ok takziah kepada family arwah kak su atas kejadian yang berlaku. sesungguhnya Allah lebih menyayangi kak su.

Kepada sesiapa yang mengenali arwah kak su (Suhaibah Ngah), beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan kecil di Bukit Jelutong pada 3 ptg 28/02/2011. Kalau tgk dari luaran, luka xde at all. mungkin internal bleeding. Naik motor sorang2 dan tiba2 terlanggar pokok, tercampak dalam longkang yang kecil dan akhirnya pengsan. Ambulance dari Hospital Klang datang almost 45 minit selepas tu. Ambulance x nak hantar pegi SDMC sebab protokol kene hantar Hospital Klang katanya.

I wonder kenapa ya kita kene ikut protokol sedangkan nyawa lebih penting? sedangkan dari Bukit Jelutong tu dgn SDMC lebih dekat berbanding Hospital Klang. Mungkin sebab orang yang call ambulance tu tau fon no Hospital Klang je. Bukan marah, terkilan. tu je.

Aku x banyak memori dengan arwah. baru 3 bulan kenal. tp kami sama2 pegi buat CSR projek dekat rawang. so kami kenal each other. tapi semua orang dkt ofis tu kenal die sebab die staff yg multitasking. dan sangat back up orang lain. so kehilangan die amatlah dirasai.

Arwah meninggalkan 4 orang anak. yang sulung lelaki 10 tahun dan yang kecik 3 tahun. Cuba bayangkan apa perasaan anak2 ni bila dapat tau mak die dah meninggal. lebih2 lagi anak yang kecik still menyusu badan. Hari mak dorg meninggal dorg x tau at all. sampai lah jenazah akan di bawak balik terengganu. So time tu lah anak2 die dapat tau. dan sepanjang perjalanan anak bongsu die asyik tanya mana mak dia. apalah perasaan si ayah pulak..

And again i wonder macam mana lah orang nak bgtau anak2 die yg mak or bapak die dah meninggal. those days masa arwah abah meninggal, ada orang bgtau ABAH DAH X DAK which mean dah meninggal. sebagai kanak2 yang umur 7 tahun time tu, segala2nya aku tau n sedar. cuma yang sedih adalah aku x tau nk respon mcm mana. dan adik aku sorang umur 6 tahun n lagi sorg umur 10 bulan masa arwah abah meninggal. boleh bayangkan x macam mana mama besarkan kitorang dalam keadaan yang x berduit? tapi Alhamdulillah, kehidupan semakin senang sekarang.

bila aku tgk keadaan suami arwah hari tu, sedih. sebab suami arwah x sempat pun nak jumpa buat kali terakhir. sebab arwah dah nazak time tu. mungkin dah ajal.. mungkin belum waktu kita. apa akan jadi kalau masa kita dah sampai?




1 comment:

Izbeta Shyah said...

takziah jugak saya ucapkan walaupon saya kurang mengenalinya, dan mungkin saya memang tak kenal dia.!